Sunday, 22 December 2013

Alhamdulillah......syukur Ya Allah...

 
 
Alhamdulillah, 12 bulan dah menyusukan Aufaa Hannah dengan penuh kasih sayang.
 kira  boleh dapat Degree dah ni ye....
Degree of Breasfeeding.. :p :p ...
Syukur Allah murahkan rezeki adik untuk minum susu mama lagi secara exclusive.
 Pernah jugak cuba bagi adik minum susu formula tapi dia cuba hisap kejap then geleng-geleng kepala taknak. Nak botol susu original jugak. Dekat rumah pengasuh pun rela adik minum air kosong dari training cup  dari minum susu dari dalam botol. 
Mujur hantar adik dah makan & kuat makan. Jadi tak risau dia lapar atau haus.

Oh, nak cakap pasal milk booster,.. tak semua mommies milk booster nya sama. 
Lain orang lain milk boosternya. Ada yang makan ni, melimpah ruah susunya, tapi tak kat orang lain. Orang lain cuba yang lain, berkesan pulak kat dia. Macam tulah. Kena cuba dan usaha. Kena sesuai dengan diri. In shaa Allah, kalau niat kita ikhlas, usaha doa dan tawakkal, akan dipermudahkan :)



Kekadang bila datang mood rindu pada Zaraa
tengah nyusu & tidurkan adik pun mama berangan yang mama sedang & penah buat benda yang sama pada zaraa. Allah tak bagi rezeki untuk breastfeed Zaraa.
Dia datangkan rezeki susu yang melimpah ruah untuk adik.. 
Alhamdulillah ...
Allah Maha Pemurah. Always think positive :)
 
 

 gambar masa sambut 1st birthday adik.... abah takde mse ni...outstation.. 
so...mama buat simple2 je & snap2 gambar untuk kenangan.



Alhamdulillah....minggu lepas sempat jenguk pusara arwah ayah & zaraa...
bersihkan apa yang patut
sembang2 kat pusara....
semoga rindu kami sampai padamu sayang 
 kakak tunggu mama,abah & adik kat sana ye

Al Fatihah
 pada semua yang telah pergi mendahului kita

 

2 comments:

  1. Comelnya Hannah n mama dia.. Selamat ulang tahun hannah.. Ummi pun sayang hannah juga :)

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete