Thursday, 24 January 2013

90 hari .......


Secara rasminya cuti 90 hari mama akan berakhir pada 27.01.2013..
Aishhh......
cepatnya masa berlalu padahal 
rasanya baru semalam masuk wad.. hehehe

Adik pun akan menginjak ke usia 3bulan pada 30. januari  ni.
Sekarang adik dah pandai hisap jari. Sedar-sedar je sarung tangan  lenjun dikerjakannya.

Nak tinggalkan adik bersama pengasuh nilah buat mama gundah gulana selama beberapa hari.
 Dan yang paling menggusarkan, sampai ke hari ni adik menolak untuk menyusu menggunakan botol. Bermacam-macam puting mama belikan untuk pujuk adik.
Tapi hasilnya, raungan adik yang berkumandang ..........

Dalam beberapa hari cuti yang masih berbaki ni,
In Shaa Allah mama akan cekalkan hati.... 
(kerana bila adik nangis, mama pasti join nangis sekali, huhu)
nak pujuk adik sedaya upaya menyusu melalui botol.
Disamping itu, mama sedaya upaya memastikan stok ebm  untuk adik cukup
bila mama mula bertugas nanti,

Auntie2 diluar sana, doakan 'kejayaan' kami k..


ralitt isap jari ....



"febret time adik....mandiii


mucuk-mucuk adik ...




Al Fatihah untuk kakak....
Zaraa Batrisya Zulfadzly....
"kakak tetap selama-lamanya dihati kami"

6 comments:

  1. Comelnya..gegirl ye.Bulu mata dia panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..gegirl Yana. Rambut bru nk tumbuh skt2 ..npk cm boboi kan...:)

      Delete
  2. Alolo..comelnya..geram auntie tengok... .
    Nampak lagi tegap pulak tu dari baby saya, steady jer mandi dalam kolam dier..hihihi..geramlaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mamaonie..
      si kecik ni mmg suka skali mandi..klau msuk lam kolam dier ligatt smcm...bak kate abahnye//xmcm anak ppuan...heheh

      Delete
  3. Alhamdulillah...berkat sabar dan redha dengan ujianNya, Allah gantikan yang lebih baik. Tahniah atas kelahiran aufaa dan al- fatihah untuk bidadari syurga...zara yg setia menanti mama dan abahnya di sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...
      Iza jg kesihatan , bdoa & bserah padaNya. Insya Allah...rezeki iza pasti akan menyusul slps ni.
      Zaraa & irdina sm2 mnggu kita dSana...

      Delete