Thursday, 22 March 2012

cerita hari khamis....



Pagi ni  p cek kat klinik  & doktor buat scanning ..

Alhamdulillah.... 
Syukur Ya Allah atas rahmatMu...

'Adik' dah 6 minggu duk lam perut mama....

Masa doc bagitau ada  'adik'  dalam perut . Mama nangis teresak-esak. sampaikan doktor tepuk pelan2 kat bahu suruh tenang.





Mama terbayang wajah zaraa  dalam incubator. 
Wajah Zaraa lepas operation.
Wajah Zaraa merengek tiap kali kena injection doktor masa ambil darah
Wajah zaraa lepas dimandi & nak dikafankan.


..

......

.............
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".



Al Fatihah buatmu sayang..

mama & abah always miss u...

8 comments:

  1. Alhamdulillah,thniah..
    Jg dri dan kndungan yer,bla da smp rzki kta pasti kta akn dpt rasainya..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah mama zara....selamat menempuhi 40 minggu yang indah...alhamdullilah.....

      Delete
    2. Terima kasih...
      Insya Allah...smg Allah makbulkan doa2 kita. Aamiinn Ya Rabal Alaminn.

      Delete
  2. Alhamdulillah..tahniah..semoga ibu dan baby sihat dan selamat di bawah lindungan rahmat Illahi..

    ReplyDelete
  3. Thanks Min...
    Doa saya untuk min juga. Take care ye.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Mama Zaraa, jaga kesihatan baik-baik ye.Insyaallah...moga adik zaraa kali ni sihat2 sahaja.Mamanya jangan stress dan kena happy2 selalu.Gembira rasanya bila dapat tahu seorang lagi teman di sini hamil kembali :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah mamazaRa. Semoga Allah pelihara kandungan mama hingga ke akhirnya dan membesar menjadi snak yg soleh/solehsh. Mama zara, nama anak kita hampir sama. Nama arwah anak saya Najla Batrisya. Batrisya juga :)

    Semoga saya dapat ikut jejak mamazara dan k.yana. Aminnnn :)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih..Yana pn take care gak. Dalam suka2 ni saya takut & bdebar2 gak nk g daftar kt KKIA hr rabu ni.mtk2 xde le dgr ceramah. hehe. Smg Allah mpermudahkan segala urusan kita. Amin Yarabal Alamin.

    Thanks Ummi Najla .. aah kebetulan kan. Baby angle kita sm nama Batrisya. Bezanya sy lahirkn Zaraa on 34w scara c-sect. Doa sy untuk ummi najla gk. Cepat atau lambat, Dia pasti akan makbulkan. Insya Allah.

    ReplyDelete